Home Tempatan Syariat imbangi tuntutan akal dan nafsu

Syariat imbangi tuntutan akal dan nafsu

SHARE

KES-KES jenayah dan salah laku kebelakangan ini membimbangkan. Televisyen dan akhbar mendedahkan kegiatan jenayah, penyalahgunaan dadah, isu integriti, salah guna kuasa, membocorkan maklumat sulit, penderaan kanak-kanak dan sebagainya berlaku.

Adakah manusia kini hidup tanpa undang-undang atau jenayah sudah menjadi lumrah? Atau tanpa disedari, adakah kita sememangnya mendedahkan diri kepada bahaya jenayah?.

Usaha dan penguatkuasaan mengatasi masalah ini seakan-akan tidak diendahkan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, ia boleh menjadi barah dalam masyarakat.Menjadi satu keperluan agar pembentukan personaliti yang baik menjadi keutamaan setiap individu untuk mencapainya.

Asasnya, ALLAH SWT menjadikan manusia merupakan yang paling istimewa sebagai “ahsani taqwim” iaitu sebaik-baik kejadian. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami (ALLAH) menjadikan manusia dengan seindah-indah kejadian”. (Surah al-Tin:4).

Untuk melengkapkan kesempurnaan kejadian manusia, ALLAH SWT menganugerahkan manusia dengan akal dan nafsu. Akal unsur utama yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments