Home Tempatan Syariah Perkataan Toksik – Mustafa Akyol

Syariah Perkataan Toksik – Mustafa Akyol

SHARE

Kuala Lumpur: Dalam majlis pelancaran buku yang bertajuk, Islam Tanpa Keekstreman, anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) pada tahun lepas, penulis buku tersebut merangkap panel jemputan, Mustafa Akyol menyatakan bahawa Syari’ah adalah satu perkataan yang sangat toksik.

Mustafa Akyol yang bakal ke Malaysia sekali lagi, September ini juga atas jemputan IRF, merupakan seorang wartawan dan penulis dari Negara Turki yang mempunyai kelulusan dalam bidang sains politik dan sejarah, menurut laman sesawang peribadinya, buku tersebut merupakan hujah bagi Islam Liberal.

Dalam menyampaikan pembentangannya, Mustafa Akyol membuat dakwaan berikut, “Satu lagi perkataan, pada hakikatnya adalah satu perkataan yang sangat toksik, Syari’ah. Hari ini mereka yang ingin melaksanakan Syari’ah atau menginginkan Syari’ah, mereka menakutkan orang lain.”

Selain daripada itu, Mustafa Akyol juga menyatakan bahawa orang yang mempromosikan syariah bukan mulia dan secara umumnya tidak liberal serta sering menakut-nakutkan orang lain.

Menurutnya lagi, masalah yang wujud telah diakibatkan oleh pemahaman literal terhadap syariah.

“Tetapi masalah dengannya (Syari’ah) ialah pemahaman literal mereka terhadap Syari’ah. Sekiranya kita melihat Syari’ah dari matlamatnya, satu gambaran baru akan terbentuk”.

Forum ini antara lain turut disertai oleh Dato’ Dr Farouk Musa (IRF) dan Dato’ Redzuan Kushairi (G25).

Sebelum ini, di sebuah forum anjuran IRF, seorang pensyarah Indonesia dikecam keras netizen kerana berhujah seolah-oleh Al-Quran tidak relevan dan sebenarnya turun di Mesopotamia sehingga ditegur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang antara lain kesal dengan penganjur yang ‘membawa idea-idea liberal dan sesat’ masuk ke tanah air.

Comments