Home Tempatan Syariah Bersifat Rahmat, MP Kemaruk Undi Sahaja Yang Takut-Takutkan A355 – Tuan...

Syariah Bersifat Rahmat, MP Kemaruk Undi Sahaja Yang Takut-Takutkan A355 – Tuan Guru Haji Hadi

SHARE

Kuala Lumpur: Hukuman Syariah bukan untuk mencederakan, akan tetapi mendidik. Dato’ Seri Abdul Hadi di dalam pembentangan Usul Pindaan Akta 355 menjelaskan bahawa hukuman syariah adalah untuk mendidik dan memalukan pesalah dan bukan mencederakan. Pada masa yang sama, alat sebat yang sederhana, rotan yang digunakan tidak boleh terlalu ringan atau terlalu berat, rotan itu tidak diangkat melebihi kepala, tidak mengoyakkan kulit dan tidak melukakan.

Merujuk kepada satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad S.A.W., di mana seorang sahabat yang kurus apabila disebat, rotan itu mengenai tulang beliau, maka Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, “Kumpulkan 100 ranting dan sebat sekali sahaja”, ini adalah syariah Islam yang perlu diperkenalkan kepada umum yang berbeza dengan sebatan sivil yang ada pada hari ini.

Selain daripada itu, Dato’ Seri Abdul Hadi juga menegaskan bahawa tidak mungkin Pindaan RUU 355 ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, Akta ini telah wujud semenjak tahun 1965 dan dari saat itu tidak pernah dikatakan tidak selari dengan Perlembagaan. Sedangkan pindaan ini tidak membawa sebarang perubahan kepada Akta dan hanya meningkatkan siling hukuman sedia ada.

Islam adalah Agama Negara menurut artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan sumpah Yang Di-Pertuan Agung adalah merujuk kepada artikel 37(1) maka janganlah bermain-main dengan agama Islam.

“Semenjak Akta ini wujud pada tahun 1965, tidak pernah ada seorang pun orang bukan Islam yang pernah didakwa di Mahkamah Syariah”, tegas Dato’ Seri Abdul Hadi.

“Ahli politik yang kemaruk undi sahaja yang hampir menjadi hilang kewarasan, mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat bukan Islam untuk menolak Pindaan Akta 355 ini. Kita ingin mengingatkan bukan Islam, jangan mempermain-mainkan agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan,” ujar beliau.

Comments