Home Tempatan Syariah Bererti Sirotul Mustaqim – Dato’ Haji Muhammad Asri Haji Abdullah

Syariah Bererti Sirotul Mustaqim – Dato’ Haji Muhammad Asri Haji Abdullah

SHARE

Tanjung Malim, Perak: “Syariah bererti Sirotul Mustaqim, jalan yang lurus,” demikian penjelasan Dato’ Haji Muhammad Asri Haji Abdullah, mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Perak.

Beliau berkata demikian dalam forum Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini ketika menekankan bahawa perundangan dalam Islam merupakan satu tuntutan syarak.

Dato’ Haji Muhammad Asri Haji Abdullah menambah bahawa Syariah bukan sekadar hukuman seperti yang difahami oleh organisasi seperti Daesh ataupun ISIS semata-mata. Syariah adalah bidang kehakiman yang universal.

“Syariah menurut istilah adalah hukum-hukum sama ada berkaitan aqidah, ibadah, akhlaq, muamalat dan sebagainya lagi demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Lurus supaya tidak menyimpang daripada matlamat. Syariah seperti air yang memberikan kehidupan.”

Beliau turut berharap supaya forum seperti DIPKI 2018 ini menjadi langkah pertama untuk menyedarkan ummah berkenaan kepentingan perundangan Syariah dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini.

Comments