Home Tempatan Syarahan agama medium pupuk integriti, perpaduan nasional

Syarahan agama medium pupuk integriti, perpaduan nasional

SHARE

ULASAN | Ada tiga kata kunci yang menjadi fokus perbincangan dalam isu ini: agama, integriti dan perpaduan (nasional). Tetapi yang akan diberi sorotan utama adalah agama, dengan penekanan pada aspek nilai-nilainya, terutama nilai-nilai yang dapat difungsikan sebagai kekuatan pendukung usaha pengukuhan integriti dan perpaduan nasional. Integriti seperti yang dihuraikan dalam kamus-kamus besar terkait erat dengan persoalan nilai, khususnya nilai akhlak atau moral seperti kejujuran, ketelusan dan ketulusan.

Integriti dalam pengertian tersebut tentunya akan menjadi lebih kuat andainya ia mengakar pada nilai-nilai agama. Seterusnya agama juga harus berfungsi sebagai kekuatan pemersatu, bukan faktor pemecah. Malaysia boleh menjadi contoh negara pelbagai kaum, agama dan budaya yang berjaya membina bangsa (Malaysia) yang bersatu dengan memanfaatkan kekuatan nilai-nilai pelbagai agama.

Agama dan integriti

Dalam masyarakat yang sedang mengalami masalah moral defisit, tema integriti memang wajar diangkat menjadi wacana nasional. Malah lebih daripada itu, menyaksikan kenyataan mewabaknya pelbagai jenayah seperti rasuah, penipuan, penyalahgunaan kuasa dan segala bentuk moral decadence atau kebejatan moral lainnya, diperlukan suatu gerakan moral atau moral movement oleh rakyat pelbagai kaum dan agama. Integriti bukan suatu pilihan, tetapi suatu kemestian jika negara ini hendak diselamatkan. Partisipasi massa rakyat dalam perjuangan integriti akan menjadi lebih berkesan.

Masyarakat madani dan rakyat keseluruhannya akan lebih merasa terpanggil jika perjuangan menegakkan integriti dipersepsikan sebagai perjuangan keagamaan. Dalam konteks agama Islam, membina akhlak mulia adalah maqasid al-bi`thah (objektif pengutusan Rasul) dan sekali gus dapat pula dianggap komponen maqasid al-shari’ah (objektif tertinggi syariat).

Untuk berita penuh sila klik di sini

Malaysiakini

Comments