Home Tempatan Syahredzan Johan: Rukunegara Mukadimah Perlembagaan Tidak Akan Kemana

Syahredzan Johan: Rukunegara Mukadimah Perlembagaan Tidak Akan Kemana

SHARE

Usaha sesetengah pihak mahu menjadikan Rukunegara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan sedang rancak dikritik beberapa pihak.

Terkini Syahredzan Johan salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa bagi Perlembagaan Majlis Peguam berpendapat usaha tersebut adalah satu usaha yang sia-sia dan bakal gagal. Dalam temubualnya bersama pihak menara.my beliau memberikan komen berikut, “Saya rasa inisiatif ini mungkin tak akan kemana, sebab saya tak nampak bagaimana ia boleh mendapat sokongan.”

Ketika ditanya adakah usaha ini kelak dapat membantu keharmonian hubungan sesama kaum di negara ini, aktivis peguam tersebut berpandangan sebaliknya.

“Saya tak nampak bagaimana ia boleh menolong sebenarnya sebab sekarang ini kita nak cerita tentang kepincangan hubungan antara kaum dan sebagainya. Kita memang ada Rukunegara, masalahnya sekarang, walaupun kita ada Rukunegara, seperti yang dinyatakan oleh Dr Chandra Muzaffar adalah, ianya sekadar perhiasan di bibir sahaja dan ianya tidak dijiwai oleh rakyat Malaysia, baik marhaen atau mereka yang memegang tampuk kuasa. Jadi ini sebenarnya masalahnya.

Terdahulu Dr Abdul Aziz Bari menegaskan bahawa kesemua nilai-nilai yang ada pada Rukunegara telah wujud dalam perlembagaan negara. “Jadi kenapakah kita nak masukkan lagi sesuatu yang telah sedia wujud?” katanya lagi.

Aktivis peguam Eric Paulsen pula berpandangan langkah ini kelak akan disalah-guna oleh beberapa pihak dan aktiviti seperti ‘moral policing’ akan bercambah.

Rukunegara Mukadimah Perlembagaan (RMP) telah dilancarkan pada 21 Januari lepas adalah sebuah kempen untuk mengumpul tandatangan (berakhir 30 April 2017) untuk menyokong Rukunegara dijadikan mukadimah kepada perlembagaan negara dan bakal dipersembahkan kepada antara lain Majlis Raja-Raja dan kerajaan Malaysia.

Comments