Home Antarabangsa Suu Kyi: Undang-undang harus lindungi hak minoriti.

Suu Kyi: Undang-undang harus lindungi hak minoriti.

SHARE
KUALA LUMPUR: Kaunselor Negara dan Menteri Luar Myanmar Aung San Suu Kyi menggesa kumpulan majoriti di negara berkenaan untuk melindungi hak minoriti.
Menurut laporan Bernama yang memetik sumber akhbar Myanmar dan agensi berita China Xinhua, Suu Kyi membuat kenyataan berkenaan di hadapan peserta bengkel untuk merangka undang-undang melindungi hak minoriti.

Bengkel tersebut dijalankan di Nay Pyi Taw pada Selasa dan dihadiri Pejabat Peguam Negara, pakar undang-undang dan ahli akademik.

Aung San Suu Kyi yang sebelum ini enggan mengulas berkenaan isu dan situasi minoriti Rohingya di Rakhine, menggesa kumpulan majoriti untuk memelihara hak minoriti dan melindungi Bahasa, budaya dan adat resam entik minoriti.

Beliau ingin undang-undang yang dirangka untuk melindungi semua penduduk di Myanmar dan bukan untuk menindas.

Sebelum ini, penasihat undang-undang Suu Kyi, U Ko Ni, yang memperjuangkan hak perwakilan warga Myanmar beragama Islam ditembak mati pada Ahad sejurus tiba dari luar negara.

Dalam pada itu beberapa NGO pro Rohingya di Malaysia akan membincangkan isu U Ko Ni dan perjuangannya dalam forum yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Comments