Home Tempatan Sumbang Mahram Tertinggi Di Sarawak?

Sumbang Mahram Tertinggi Di Sarawak?

SHARE

Kuala Lumpur: Kes sumbang mahram yang semakin berleluasa di Sarawak adalah amat membimbangkan dan ramai pihak mula mempersoalkan sama ada langkah-langkah untuk mengekang dan membanteras yang diambil sebelum ini benar-benar berkesan.

Menurut Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, kes-kes sumbang mahram di negeri tersebut setakat September tahun ini saja sudah mencecah 15 kes berbanding 13 kes sahaja tahun lepas.

“Disebabkan oleh ikatan kekeluargaan, amatlah sukar untuk si mangsa melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.”

Hal yang sama juga melanda ibu mangsa yang terperangkap di antara anak dan suami yang merupakan pencari nafkah bagi keluarga.

“Saya menyeru mana-mana orang yang mempunyai maklumat mengenai perbuatan yang dikeji untuk datang ke hadapan melaporkan perkara itu kepada polis dengan segera. Kerjasama masyarakat, termasuk ibu bapa, sangat diperlukan untuk mengurangi jumlah kes sumbang mahram di negeri ini.”

“Selain itu, kami tidak mahu melihat mangsa yang bersendirian jika tidak ada tindakan yang diambil terhadap pelakunya,” katanya lagi.

Isu sumbang mahram di Sarawak pernah menjadi isu kontroversi apabila pada tahun 2012, sebuah surat khabar tempatan dikatakan telah melaporkan satu berita fitnah tentang perkahwinan sesama adik beradik kandung di kalangan kaum Penan.

Comments