Home Tempatan Sultan Selangor titah kenderaan jenazah tidak disalahgunakan

Sultan Selangor titah kenderaan jenazah tidak disalahgunakan

SHARE
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda tidak berkenan kenderaan jenazah disalah guna untuk mengadakan demonstrasi atau kegunaan lain, yang tiada kaitan dengan urusan pengendalian jenazah.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Selangor bertitah perbuatan sedemikian hanya akan memperlihatkan umat Islam mempersendakan penggunaan kenderaan jenazah yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Sehubungan itu, baginda menitahkan seluruh ahli jawatankuasa (AJK) masjid atau kariah di negeri ini, menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan mereka, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, baginda bertitah AJK masjid atau kariah yang bertanggungjawab dengan kenderaan jenazah perlu memanfaatkannya untuk urusan membawa jenazah sahaja.

Sehubungan itu, Munir mengingatkan pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah di negeri ini untuk mengambil maklum serta mematuhi Sultan Selangor itu.

Berita Harian

 

Comments