Home Tempatan Sultan Selangor Murka, Zaid Ibrahim Dihalau Tinggalkan Negeri Selangor

Sultan Selangor Murka, Zaid Ibrahim Dihalau Tinggalkan Negeri Selangor

SHARE

Kuala Lumpur: Ahli DAP, Zaid Ibrahim bukan saja bakal disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Institusi Sultan & Raja-Raja Melayu seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Polis Negara kepada media malah telah dihalau keluar daripada terus bermastautin dan cari rezeki di negeri Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa bapa kepada Ezra Zaid itu, supaya balik ke Kelantan jika tidak bersetuju dengan kenyataan baginda terhadap pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menyifatkan ahli DAP tersebut sebagai biadab.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tidak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor.”

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyatakan bahawa Zaid Ibrahim boleh disiasat di bawah Seksyen 4  Akta Hasutan 1948 dan juga Seksyen 233 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana biadab terhadap Sultan Selangor dalam akaun twitternya.

Pada November lalu, Mahkamah Syariah Negeri Selangor telah memutuskan bahawa Ezra Zaid, pemilik ZI Publications pula bakal diadili bermula 22hb Februari 2018 bagi menghadapi pertuduhan menjual, mengedarkan dan memiliki buku tulisan pengamal LGBT Irshad Manji yang bertajuk, ‘Allah, Kebebasan & Cinta’.

Comments