Home Tempatan Sultan Selangor dukacita media sosial disalah guna

Sultan Selangor dukacita media sosial disalah guna

SHARE
Sumber Gambar: Malaysia Today

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila media sosial dan portal berita disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu sehingga boleh mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat.

Ketika bertitah merasmikan Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam malam ini, baginda turut mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu dan berunsurkan fitnah itu.

“Suasana kini semakin mencabar apabila berita palsu atau maklumat palsu ditulis secara kemas dan menarik serta mengandungi unsur-unsur logik yang disebarkan secara aktif menerusi portal berita dan media sosial sehingga ia dapat menyakinkan dan mempengaruhi masyarakat.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments