Home Tempatan Sultan Nazrin: Tiada kompromi perkara asas Perlembagaan

Sultan Nazrin: Tiada kompromi perkara asas Perlembagaan

Perkara asas tersebut adalah Raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum lain menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

SHARE
Baginda bertitah, rakyat tidak harus dijadikan mangsa, bagaikan kancil terhimpit mati di tengah-tengah, apabila gajah sama gajah memilih untuk terus bertarung. (Gambar Bernama)

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar perkara-perkara asas yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan perlu terus dipertahan tanpa kompromi walau berlaku perubahan kerajaan.

Titah baginda antara perkara asas tersebut adalah yang menyentuh Raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara-perkara tersebut jangan sama sekali mahu disensasikan oleh mana-mana pihak. Jangan ada individu atau badan yang mahu menjadi jaguh, mengungkit dan menuntut perkara-perkara asas yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Free Malaysia Today

Comments