Home Tempatan Sultan Mizan Gesa Maidam, JHEAT Ambil Tindakan Pihak Pertikai Kedudukan Islam

Sultan Mizan Gesa Maidam, JHEAT Ambil Tindakan Pihak Pertikai Kedudukan Islam

SHARE
BALIK PULAU, 24 Jun -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan titah ucapan perasmian Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami di sini ,hari ini --fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***

KUALA TERENGGANU, 13 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) digesa mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam di dalam perlembagaan negara ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, sejak kebelakangan ini, terdapat pihak-pihak yang mencabar kesucian ajaran Islam dan mempertikaikan kedudukan Islam dalam perlembagaan negara ini.

“Perkara sedemikian boleh menimbulkan kecelaruan dalam kalangan umat Islam selain menjejaskan keharmonian masyarakat yang menganut pelbagai agama di negara ini.

“Justeru, beta menyeru dan menggesa MAIDAM serta JHEAT mengambil tindakan dalam menangani perkara seperti ini kerana jika dibiarkan akan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang agama di negara ini,” titah baginda seperti dilapor Harian Metro.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1439H/2017M di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Mizan turut mencadangkan supaya inisiatif seperti mengadakan kuliah, seminar, kursus dan pelbagai kaedah lain setiap kali berbangkitnya isu semasa yang menimbulkan kecelaruan dalam beragama dalam kalangan masyarakat.

Baginda juga mahu anjuran majlis zikir yang dibenarkan oleh syarak diperbanyakkan di negeri itu.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments