Home Tempatan Sudah matikah bangsa Melayu?

Sudah matikah bangsa Melayu?

SHARE
CORETAN ini adalah teguran kepada orang Melayu yang kian tegar memperbodohkan jurai keturunan mereka sendiri dengan memandang agama mereka sebagai enteng, bahasa mereka sebagai bobrok dan budaya mereka sebagai picisan.– GAMBAR HIASAN

“TEGAK rumah kerana sendi, runtuh budi rumah binasa, sendi bangsa ialah budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.” – Buya Hamka. Sambutan Aidilfitri adalah bagi meraikan kemenangan umat Islam dalam keupayaan menundukkan nafsu agar kembali kepada fitrah yang dijadikan Pencipta. Hari yang penting ini sewajar­nya digunakan sebagai penanda dalam mendidik diri untuk menghormati tatatertib bersosial.

Ini termasuklah menjaga adab dalam pertuturan yang menjadi penggalas kehidupan bermasyarakat. Namun, entah apa yang merasuki bangsa Melayu yang kononnya mendukung agama Islam di negara ini. Melayu seolah-olah hidup di hujung nyawa.

Takrifan di bawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mengikat seseorang ‘Melayu’ itu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, dan menurut adat Melayu. Takrifan ini memahatkan tiga prasyarat sebelum seseorang itu boleh mengaku diri mereka sebagai ‘orang Melayu’; dia hendaklah menjaga agama, bahasa dan budaya. Tetapi, sudah hinakah fitrah bangsa Melayu sehinggakan ramai sekali yang tanpa segan menginjak-injak ketiga-tiga pegangan bangsa mereka ini?

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments