Home Tempatan Suburkan pendidikan Islam, bukan pertikai

Suburkan pendidikan Islam, bukan pertikai

SHARE

Jika ini berlaku, apa yang berlaku di depan mata penulis ketika menjengah sebuah negara tidak lama dulu tidak mustahil akan berlaku jika isu ini tidak diberikan perhatian, dan dibiarkan berlarutan sehingga dapat mengubah pemikiran masyarakat mengenai kebobrokan sekolah tahfiz dan pengurusannya.

Beberapa minggu sebelum Ramadan, penulis berpeluang melawat ke sekolah menengah berasrama penuh nombor 66 di Urumqi, bandar Wilayah Xinjiang, China.

Etnik Muslim minoriti

Kehadiran petugas media dari beberapa negara Islam di sekolah yang dilengkapi kemudahan canggih itu disambut mesra pelajar lelaki dan perempuan berusia dalam lingkungan 13 sehingga 17 tahun serta guru mereka.

Pengetuanya, Qu Mingcai menjelaskan hampir semua pelajar di situ datang daripada keluarga miskin yang tinggal di kawasan pedalaman sekitar Kashgar, selatan Xinjiang.

Mereka yang kebanyakannya daripada etnik minoriti seperti Uighur dan Kashgar dibawa tinggal di asrama berkenaan, untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Di situ, menerusi sistem pendidikan China, mereka diajar untuk fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris, selain subjek seperti Sains dan Matematik.

“Mengikut perlembagaan, setiap rakyat mempunyai kebebasan untuk beragama tetapi kegiatan keagamaan dilarang di sekolah,” kata Mingcai apabila ditanya mengapa pelajar tidak didedahkan pendidikan agama, malah tidak dibenarkan solat atau memakai tudung.

“Apabila mereka membesar, mereka boleh memilih apa yang perlu dipatuhi mengikut agama berkenaan,” katanya.

Jawapan itu membuatkan penulis gusar dan terus berfikir sejenak, sama ada kanak-kanak ini tahu bersolat. Dan, bagi si gadis yang sudah akil baligh, adakah mereka mengetahui cara membersihkan diri atau mandi hadas kerana ia perkara asas dan penting untuk beribadah?

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments