Home Tempatan Status halal: Umat Islam perlu rujuk pihak berautoriti

Status halal: Umat Islam perlu rujuk pihak berautoriti

SHARE
KUALA LUMPUR 10 August 2015. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berucap ketika seminar SOGOC II di Universiti Putra Malaysia, Serdang. NSTP/ Abdullah Yusof

TANJUNG MALIM, 17 Jamadilawal 1438H, Selasa – Umat Islam di negara ini diminta merujuk kepada pihak berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jabatan Agama Islam negeri untuk mendapatkan maklumat lebih tepat dan jelas mengenai isu status halal haram.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana masyarakat kini gemar menularkan isu status halal atau haram sesuatu di media sosial tanpa merujuk kepada pihak terbabit terlebih dahulu.

“Kalau kita lihat suasana hari ini banyak isu yang berkaitan dengan halal ini dikitar semula, ada isu yang tiga empat tahun lepas kembali dibangkitkan walaupun ada pihak yang sudah menjawab dan menangani isu tersebut.

“Dalam dunia media sosial ini kita tidak boleh halang tetapi masalahnya masyarakat suka menularkan isu seperti ini untuk memainkan sentimen dengan niat tertentu yang boleh mengelirukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Asyraf Wajdi diminta mengulas mengenai kecenderungan pihak tertentu yang sering menularkan isu status halal atau haram di media sosial sejak kebelakangan ini untuk mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Comments