Home Antarabangsa Sri Lanka isytihar darurat 10 hari

Sri Lanka isytihar darurat 10 hari

SHARE

COLOMBO: Sri Lanka melaksanakan darurat 10 hari di seluruh negara bagi mengekang keganasan berikutan rusuhan anti-Muslim yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh serta kerosakan rumah dan masjid.

“Kabinet memutuskan untuk melaksanakan langkah lebih tegas, termasuk darurat 10 hari di seluruh negara,” kata Menteri Perancang Bandar, Rauff Hakeem.

Menurutnya, pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya di pusat rusuhan di daerah Kandy.

Menurut AFP, kerajaan juga menghantar polis komando yang lengkap bersenjata ke wilayah itu yang menjadi tarikan pelancong selepas perusuh melanggar perintah berkurung semalam.

Perintah berkurung di daerah itu dilanjutkan selepas seorang penduduk Islam ditemui rentung dalam rumahnya yang dibakar, menyemarakkan lagi sentimen keganasan agama di Sri Lanka sejak beberapa minggu lalu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments