Home Tempatan SPRM harap ketua hakim baharu bebaskan badan kehakiman daripada rasuah

SPRM harap ketua hakim baharu bebaskan badan kehakiman daripada rasuah

SPRM percaya Raus akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti

SHARE

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya Ketua Hakim Negara baharu Tan Sri Md Raus Sharif akan memacu badan kehakiman itu ke arah kecemerlangan.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata SPRM juga percaya Raus akan mampu memastikan badan kehakiman negara bebas daripada sebarang gejala rasuah.

“SPRM juga percaya beliau akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata SPRM turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Ahmad Maarop, yang masing-masing dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya.

Dzulkifli berkata SPRM berharap pelantikan baharu itu dapat memperkasakan lagi kerjasama SPRM dengan badan kehakiman negara yang sedia terjalin dalam usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Raus yang merupakan presiden Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai ketua hakim negara berkuatkuasa 1 April, menggantikan Tun Arifin Zakaria yang mencapai tempoh perkhidmatan 66 tahun 6 bulan.

Free Malaysia Today

Comments