Home Tempatan SPR tentukan tarikh PRU14 selepas dapat notis Speaker

SPR tentukan tarikh PRU14 selepas dapat notis Speaker

PRU perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran

SHARE

PUTRAJAYA, 20 Rejab 1439H, Sabtu – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) setelah menerima notis rasmi pembubaran daripada Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, selepas menerima notis tersebut, pihaknya mempunyai tempoh masa selama 10 hari untuk mengadakan mesyuarat khas tersebut.

Mesyuarat itu akan menentukan tarikh-tarikh penting PRU14 seperti tarikh keluar writ, tarikh penamaan calon, tarikh pengundian undi awal bagi anggota tentera dan polis serta tarikh pengundian pilihan raya, katanya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments