Home Tempatan SPR: Jangan percaya mesej palsu media sosial

SPR: Jangan percaya mesej palsu media sosial

SHARE

PRU14 | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menasihatkan pengundi-pengundi supaya tidak mudah terpengaruh atau percaya dengan mesej palsu yang ditularkan di media sosial oleh pihak tertentu yang bertujuan mengelirukan mereka.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata penyebaran pelbagai mesej palsu berbentuk video, teks dan gambar di media sosial kini semakin rancak menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu ini.

“Berhubung mesej tular yang mendakwa kononnya telah berlaku proses pengiraan undi awal di beberapa bahagian Parlimen, SPR menegaskan bahawa ia tidak pernah berlaku dan semua kertas undi awal masih disimpan di tempat yang selamat iaitu di lokap balai polis.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Malaysiakini

Comments