Home Tempatan Solat sah, haram bina masjid dari duit loteri

Solat sah, haram bina masjid dari duit loteri

SHARE

KEPALA BATAS, 3 Mac — Hukum umat Islam yang bersolat di masjid yang dibina bersumberkan dana loteri adalah harus, sah dan mendapat pahala, kata mufti Pulau Pinang.

Namun Datuk Wan Salim Mohd Noor berkata pembinaan rumah ibadat daripada sumber haram seperti dana loteri adalah haram, lapor Berita Harian.

Keputusan itu ditetapkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, selepas berbahas, meneliti hujah dan dalil, sejak 18 dan 19 Disember 2017.

“[…] mesyuarat fatwa memutuskan bahawa hukum membina masjid daripada sumber haram seperti dana loteri kebajikan masyarakat adalah haram,” katanya.

“Bagaimanapun, masjid yang sudah dibina daripada sumber yang haram adalah harus digunakan dan hukum yang bersolat di dalamnya juga sah serta memperoleh pahala.”

Untuk berita penuh sila klik di sini

The Malay Mail Online

 

 

Comments