Home Tempatan SOKONGAN TERHADAP KENYATAAN AJK FATWA PULAU PINANG

SOKONGAN TERHADAP KENYATAAN AJK FATWA PULAU PINANG

SHARE

1. Kami NGO Islam PENAWAR menyokong penuh kenyataan yg dikeluarkan oleh Dato Hj Md Salleh Hj Ahmad berkaitan ketidak setujuan beliau mengenai campur tangan ahli politik terhadap institusi fatwa negeri berkenaan.

2. Institusi fatwa Pulau Pinang merupakan satu badan bebas di bawah Yg di-Pertuan Agong. Ianya dianggotai oleh golongan yg pakar dalam mengeluarkan fatwa. Justeru, segala fatwa yg telah diputuskan oleh institusi ini perlulah dihormati oleh semua pihak termasuklah kerajaan negeri yg memerintah. Amat tidak wajar bagi seseorg yg mewakili kerajaan cuba mengganggu hasil keputusan fatwa yg telah diputuskan dan digazetkan oleh institusi ini semata-mata untuk menjaga kepentingan politik kerajaan negeri. Urusan fatwa tidak sewajarnya dipolitikkan kerana ia merupakan amanah yg dipertanggungjawabkan kpd institusi fatwa dalam menerangkan hukum-hakam agama yang menjadi panduan umat Islam.

3. Tiba masanya untuk kerajaan melakukan transformasi kepimpinan bahawa hanya mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang agama sahaja dibenarkan menjawat jawatan EXCO agama Islam. Ini kerana urusan agama Islam tidak boleh sesekali diserahkan kepada mereka yang jahil. Dikhuatiri kerosakan yang dibawa lebih banyak dari manfaatnya.

4. Semoga urusan keagamaan negeri Pulau Pinang dan Malaysia akan sentiasa berjalan lancar dan terpelihara dari sebarang anasir yang cuba merosakkan agama itu sendiri. Aamiiin.

8/2/2017

Pertubuhan Ahli Sunnah Asha’irah Wilayah Utara (PENAWAR)

Comments