Home Tempatan Sokong usaha tangani ekstremisme pada ISESCO

Sokong usaha tangani ekstremisme pada ISESCO

SHARE
Jalur Gemilang. - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Malaysia akan menyatakan pendirian untuk menyokong usaha di peringkat antarabangsa bagi memacu promosi dialog, toleransi, keamanan, kewujudan bersama dan kesederhanaan dalam menangani unsur ekstremisme pada forum Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) yang berlangsung selama dua hari di Rabat, Maghribi bermula hari ini.

ISESCO, yang beribu pejabat di Rabat, ialah sebuah pertubuhan antarabangsa bertujuan meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memacu pembangunan pendidikan, sains dan kebudayaan dalam dunia Islam. Ia dianggotai oleh 52 buah negara.

Malaysia diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Seri Alias Ahmad pada forum di Rabat itu.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata penyertaan Malaysia pada ISESCO itu sejajar dengan tanggungjawab KPM sebagai Malaysian National Point of Contact for ISESCO dan bersempena dengan keanggotaan Malaysia dalam Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) bagi penggal 2015-2019.

Menurut kenyataan itu, Malaysia diberi ruang untuk menyampaikan ucapan bertajuk ‘One Umma: One Destiny’ pada forum itu yang turut berfokuskan inisiatif dan pencapaian Malaysia dalam menyokong usaha di peringkat antarabangsa bagi memacu promosi dialog, toleransi, keamanan, kewujudan bersama dan kesederhanaan dalam menangani unsur ekstremisme masa kini. – Bernama

Sinar Online

Comments