Home Tempatan Sokong PH, Seolah-Olah Sokong Rendahkan Islam – Blogger Cilik

Sokong PH, Seolah-Olah Sokong Rendahkan Islam – Blogger Cilik

SHARE

Kuala Lumpur: Blogger remaja, Ahmad Ali Karim berpendapat, berdasarkan Manifesto Pakatan Harapan (PH), menyokong Pakatan Harapan adalah seolah-olah memberi mandat untuk mereka merendahkan kedudukan agama Islam di Malaysia.

Ini berdasarkan janji mereka seperti pada muka surat 10 Manifesto PH bahawa mereka akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuklah Perkara 3.

Akan tetapi, kata Ahmad Ali Karim seperti dalam blognya, Perkara 3 yang dijanjikan adalah ‘Perkara 3’ yang telah mereka ubah selaras dengan niat dan kehendak mereka dan bukannya berjanji untuk mempertahankan Perkara 3(1) seperti yang tertulis di dalam Perlembagaan yang ada sekarang.

“Perkara 3 menurut PH dalam manifesto mereka adalah ‘Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan; Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmonis di negara ini sejajar dengan Perkara 3’.”

“Akan tetapi, Perkara 3(1) menurut Perlembagaan Persekutuan adalah: ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan’.”

“Mungkin ramai yang menganggap ini bukanlah persoalan yang besar, kerana ayat di atas kelihatan hampir sama dengan apa yang tertulis di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, tetapi hakikatnya, ayat yang tertulis di dalam Buku Harapan itu membawa maksud yang amat jauh berbeza dari segi tafsiran perundangan berbanding dengan maksud sebenar Perkara 3(1).”

Tegasnya lagi, dalam konteks ini, apabila perkataan “tetapi” diubah kepada perkataan “dan”; implikasinya ialah kedudukan agama-agama lain dinaikkan kedudukannya menjadi setaraf dengan kedudukan Islam sedangkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan adalah amat tinggi berbanding agama-agama lain.

“Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perkataan “damai” bermaksud tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dan lain-lain manakala perkataan “harmonis” didefinisikan sebagai selaras, seimbang, sepadan, sesuai atau bersesuaian (antara satu sama lain). “

“Oleh yang demikian, penggantian perkataan “damai” kepada “harmonis” telah sekali lagi menyamaratakan kedudukan semua agama.”

“Jelas, dengan mengubah perkara yang nampaknya kecil kepada Perkara 3(1), pembangkang bukan sahaja telah mengubah maksud Perkara 3, tetapi juga Perkara 10(2), 11(4), 153 dan sebagainya kerana semua Perkara di dalam Perlembagaan mesti dibaca bersama dan tidak boleh bercanggah di antara satu sama lain seperti yang telah ditegaskan oleh DYMM Almarhum Sultan Azlan Shah di dalam penghakiman Mahkamah Tinggi kes Loh Kooi Choon v The Government of Malaysia [1977] 2 MLJ 187:‘Constitution as the supreme law, unchangeable by ordinary means, is distinct from ordinary law and as such cannot be inconsistent with itself’.”

Tegas Ahmad Ali Karim lagi, amat tidak masuk akal apabila orang Islam menyokong Pakatan Harapan, sedangkan janji mereka di dalam Buku Harapan jelas mengkhianati kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan.

“Berdasarkan manifesto mereka, menyokong Pakatan Harapan adalah seolah-olah memberi mandat untuk mereka merendahkan kedudukan agama Islam di Malaysia.”

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang juga merupakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan untuk PRU-14 sebelum ini mendakwa bahawa Pakatan Harapan akan menilai semula keperluan keberadaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) jika menang PRU-14 kelak.

Comments