Home Tempatan Sokong Khitan Wanita, Kita Hantar Wan Azizah Ke Zaman Batu – Lim...

Sokong Khitan Wanita, Kita Hantar Wan Azizah Ke Zaman Batu – Lim Kar Leng

SHARE

“Sekali lagi kita berdepan dengan @WanAzizah. Jika ada mesin masa, kami akan hantar kamu ke zaman batu di mana kamu sepatutnya berada.” Lim Kar Leng. Kecaman demi kecaman diterima Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YB Dr Wan Azizah akibat dari pendirian tegas beliau membezakan antara Pencacatan Alat Sulit Wanita (Female Genital Mutilation – FGM) dan amalan mengkhitan wanita yang diamalkan umat Islam di Malaysia.

Lim Kar Leng, seorang artis yang bermastautin di Australia dan mengendalikan laman web limkarleng.com, turut menambah menerusi akaun twitternya, “Khitan wanita ialah pencacatan dan ia tidak bertamadun. Cukup!”

 

Respons terhadap pendirian YB Dr Wan Azizah tersebut, termuat di dalam jujukan komentar twitter yang dimulakan oleh Zurairi AR, Penolong Editor Berita Malay Mail Online yang turut mengajak pihak lain untuk meningkatkan kempen advokasi mereka supaya pendirian Putrajaya dalam perkara ini dapat diubah.

“Secara asasnya, inilah pendirian Putrajaya sekarang, bukan hanya @KPWKM. Kita perlu meningkatkan kempen advokasi kita.” Tegas Zurairi AR yang sebelum ini terlibat dengan kontroversi kenyataan-kenyataan seperti Homoseksual merupakan perbuatan mengikut fitrah, kerana binatang pun mengamalkannya dan mengkritik masjid-masjid yang berkeras untuk memekak diwaktu janggal.

Seorang pengguna twitter yang menggunakan nama MegatMohdSyazwan, berkongsi video SS Mufti Perli, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) bagi menyokong pendirian topik yang dibangkitkan Zurairi AR dalam menghapuskan FGM tersebut.

Antara kandungan hujah Dr Maza yang dimuatkan dalam video tersebut seperti berikut :

“…Sebab itu ramai wanita-wanita yang masuk Islam pada zaman Nabi, mana Nabi suruh wanita khatan? Tambah yang tua-tua masuk Islam, nak khatan macam mana? Ada riwayat Abu Dawud dalam hal ini dhaif. Siapa nak buat kita tak nak lawanlah. Dulu ada nak keluarkan pekeliling, supaya wanita, anak-anak, doktor mesti pastikan budak-budak perempuan khatan. Saya telah telefon pihak berkenaan dan saya bagi pandangan berbeza dan saya kata, siapa nak buat dia buat tetapi nak memaksa orang anak bagi perempuan, hendaklah meraikan keluasan fiqh dalam hal ini..”

 

Bagaimanapun pandangan Lim Kar Leng dan netizen yang menyokong amalan khitan dihapuskan, ditempelak oleh netizen yang mengggunakan nama ABAR. Beliau membangkitkan amalan pembedahan Labiaplasty yang turut dilakukan oleh ramai orang bukan Islam bagi tujuan kosmetik dan statistik ini, dikatakannya semakin meningkat setiap hari. Amalan pembedahan kosmetik ini tidak banyak berbeza dengan khitan yang dikritik mereka.

Tidak hanya mendapat sokongan netizen dengan pandangan yang sama, isu khitan wanita ini juga mendapat respon Tan Sri Razali Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Beliau mendakwa respons yang diberikan oleh pihak kementerian di dalam isu FGM ini dan menggambarkannya sebagai sebuah amalan tradisi Malaysia, akan menyebab berlakukan kerosakan kepada usaha-usaha Malaysia di peringkat antarabangsa dalam perjuangan Hak Asasi Manusia.

Comments