Home Tempatan Sofpads, hasil penyelidikan UPM diuji di ISS 2019

Sofpads, hasil penyelidikan UPM diuji di ISS 2019

SHARE
Sumber Gambar: The Edge Markets

SERDANG, 28 Nov (Bernama) — Buat kali pertamanya, hasil penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu pengesan sinaran untuk memantau tahap radiasi di angkasa menggunakan fiber optik, akan dihantar untuk diuji di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) Februari hadapan.

Pengesan fiber optik pintar itu yang dikenali sebagai ‘Smart Optical Fibres for Passive Dosimetry in Space’ (Sofpads) mampu memerhati tindak balas fiber optik terhadap radiasi yang diterima oleh angkasawan yang bekerja di ISS.

Sofpads itu adalah ciptaan tiga saintis UPM diketuai Dr Noramaliza Mohd Noor bersama Prof Madya Dr Fathinul Fikri Ahmad Saad dari Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) dan Dr Nizam Tamchek dari Fakulti Sains.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Bernama

Comments