Home Tempatan SKMM keluarkan peringatan kepada pentadbir kumpulan

SKMM keluarkan peringatan kepada pentadbir kumpulan

SHARE

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan peringatan kepada pentadbir kumpulan aplikasi mengenai apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

Peringatan yang dikeluarkan melalui laman web SKMM itu turut meminta pentadbir memaklumkan kepada ahli kumpulan sebab utama kumpulan itu diwujudkan dan memikirkan sama ada keperluan asas yang perlu diadakan.

Pentadbir perlu prihatin dengan peraturan dan syarat yang disediakan oleh penyedia platform seperti Facebook, WhatsApp dan telegram.

“Mereka perlulah menegur komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul. Perlu menyemak komen atau posting dengan seorang moderator sekiranya boleh,” kata SKMM.

Pentadbir boleh mempertimbangkan atau menyekat mereka yang membuat komen atau posting jelik dan memberi kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang menjalankan penyiasatan.

Seseorang pentadbir kumpulan itu perlu aktif dan tidak dibenarkan melanggar standard yang ditetapkan oleh penyedia platform dan tidak boleh menggalak, menghasut atau komen yang jelik.

Pentadbir juga tidak patut membenarkan perbincangan keluar topik. Pentadbir juga tidak boleh takut untuk bertegas dengan trol atau individu yang secara berterusan melanggar peraturan asas.

Berita Harian

 

Comments