Home Tempatan PDRM Nafi, Siti Kasim Persoal, Exco Selangor DAP Tuduh Muslim

PDRM Nafi, Siti Kasim Persoal, Exco Selangor DAP Tuduh Muslim

SHARE

PDRM dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menjelaskan insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman, Seafield Subang Jaya, tidak berkaitan dengan insiden perkauman.

Walaubagaimanapun, keadaan yang cuba dikawal hari ini, dipanaskan melalui kenyataan di dalam media sosial milik Exco Selangor dari DAP, V Ganabatirau, yang membuat tuduhan sekumpulan Muslim menyerang kuil tersebut.

Dalam kenyataan yang dibuat di dalam akaun sosial tersebut, V Ganabatirau menuduh kumpulan Muslim cuba untuk mewujudkan keadaan tidak aman dengan menyerang kuil terbabit.

“Meantime, the attack by a group of Muslim group who shows there are attempts to create disharmony among races who have been living peacefully all these while..”

Setelah dikecam oleh netizen, V Ganabatirau mengubah kenyataan tersebut dengan mengubah “Muslim group” kepada “gangsters” dalam suntingan selepas lebih dua jam kenyataan asal tersebut dibuat.

Beliau turut mendesak pihak PDRM untuk menyiasat insiden ini supaya dapat memberikan perlindungan kepada hak beragama semua warganegara mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Selain V Ganabatirau, aktivis Siti Kasim menyatakan beliau kini mempunyai perasaan takut untuk Malaysia berikutan insiden ini.

“Didakwa, beberapa samseng Melayu masuk ke kuil dan memusnahkannya dan pergaduhan pun tercetus. Apakah yang terjadi? Saya benar-benar takut untuk Malaysia.”

Comments