Home Tempatan Siti Kasim Lapor Rogol, Netizen Kecam Siti

Siti Kasim Lapor Rogol, Netizen Kecam Siti

SHARE

PETALING JAYA: Ratusan netizen mengecam Siti Kasim di ruangan komen artikel Malaysiakini yang berjudul ‘Siti Kasim lapor polis, dakwa diancam pancung kepala’ (https://www.malaysiakini.com/ news/389578). Hasil tinjauan Menara.my  mendapati terdapat banyak komen yang seolah-olah senada dengan ancaman yang diterima.

Artikel Malaysiakini yang disertakan dengan foto Siti Kasim dalam keadaan lencun bermandi peluh dalam satu program Bebas beberapa bulan lepas itu menceritakan Siti Kasim yang telah membuat laporan polis terhadap ancaman rogol, disimbah asid dan dipancung yang didakwa ditujukan terhadapnya.

Setakat artikel ini ditulis, laporan tersebut telah pun mendapat ratusan komen, yang sebahagian besarnya adalah kata-kata berbaur kecaman dan luahan kemarahan daripada ratusan netizen terhadap Siti Kasim yang dikatakan mencetuskan kemarahan umat Islam sebelum ini melalui kenyataan-kenyataan provokasinya. 

Salah satu daripada komen netizen

Ada juga yang mempersendakan dakwaan rogol yang dibuat oleh Siti Kasim atas alasan fizikal semata-mata. Siti Kasim sebelum ini dilaporkan telah menggesa pihak polis agar mengambil tindakan segera agar keselamatan beliau tidak terjejas.

“Secara jelas mereka merancang sesuatu terhadap saya, dan jika polis tidak bertindak maka polis akan bertanggungjawab sepenuhnya,” desak Siti Kasim.

 

Comments