Home Tempatan Siti Kasim Ditahan Polis

Siti Kasim Ditahan Polis

SHARE

Kajang – Beberapa aktivis memuat naik live video proses penahanan Siti Kasim sebentar tadi. Menurut hantaran facebook aktivis, Suri Kempe, Siti Kasim ditahan di bawah Seksyen 363 (seksaan bagi pencolekan) dan Seksyen 183 (menggalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya).

Siti Kasim di dalam hantaran facebooknya sebelum ini, menjelaskan penahanan beliau adalah berikutan kes seorang gadis muda bernama Anis Nurizzaty yang dilaporkan oleh ibunya mengalami masalah kesihatan mental dan akidahnya yang dipertikaikan. Siti Kasim menjelaskan bahawa gadis muda ini telah cuba menghubunginya dalam beberapa bulan sebelum ini. Beliau ingin bebas dari kawalan ibunya yang didakwa mengongkong. Siti Kasim menjelaskan bahawa sebagai seorang dewasa, gadis tersebut boleh berbuat apa sahaja yang dikehendakinya.

Menurut Siti Kasim lagi, ibu gadis tersebut telah membuat laporan polis dan laporan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Siti Kasim mendakwa, gadis tersebut hadir untuk memberikan kenyataan kepada pihak JAIS.

Walaubagaimanapun, Siti Kasim menyatakan bahawa ianya merupakan satu perangkap bagi usaha untuk menangkap gadis tersebut.

Dalam hantarannya facebooknya, Siti Kasim memberi amaran kepada pihak Polis dan JAIS bahawa mereka akan menerima padah atas kejadian ini.

Selain Suri Kempe, Marina Mahathir dan Rozana Isa turut memuatnaik status isu penahanan Siti Kasim.

Comments