Home Tempatan Siti Kasim Benar & Nabi Ismail Sebenarnya Anak Luar Nikah – Ahli...

Siti Kasim Benar & Nabi Ismail Sebenarnya Anak Luar Nikah – Ahli Pembangkang Sabah

SHARE

KOTA KINABALU: Pemimpin politik pembangkang Sabah, David Orok mengakui bahawa terdapat kebenaran pada dakwaan kontroversi Siti Kasim dalam ucapan hari rayanya yang mendatangkan kemarahan umat Islam.

Beberapa hari sebelum itu, ahli politik yang pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman mewakili Parti Reformasi Negeri (STAR) itu juga telah membuat kenyataan bahawa Nabi Ismail merupakan anak luar nikah Nabi Ibrahim.

Beliau mendakwa umat Islam hanyalah terikut-ikut melakukan upacara korban Nabi Ibrahim tanpa memahami konteks dan pengajaran yang terdapat disebalik peristiwa tersebut sepertimana yang dihayati oleh bangsa Israel dan penganut-penganut agama Kristian.

Beliau berkata, “Ada juga kebenarannya apa yang dikatakan oleh Siti Kasim ini. Upacara korban itu cuma dilakukan oleh Agama Yahudi bagi “melambangkan” apa yang bakal Tuhan lakukan nanti bagi memberikan “syafaat” (keselamatan) kepada bangsa Israel kelak.”

Beliau meneruskan, “Bagi penganut agama Kristian pula, mereka tidak sudah melakukan upacara korban binatang sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim tersebut. Ini kerana mesej yang Tuhan mahu sampaikan melalui kisah peristiwa korban oleh Nabi Ibrahim dan anaknya itu, cuma “melambangkan” apa yang akan Tuhan lakukan melalui “pengorbanan Yesus” demi menebus terhadap “hukuman” Allah bagi dosa warisan yang semua manusia warisi dari Nabi Adam dan Hawa, isterinya.” 

“Bagi umat Islam pula, disebabkan yang mereka mengaku keturunan Nabi Ibrahim melalui Nabi Ismail, maka mereka mahu juga mewarisi upacara korban tersebut dengan merayakan upacara korban itu tadi sekadar merayakannya saja tanpa mengetahui apa maksud dan tujuannya.” 

“Di dalam Al-Qur’an sendiri pada Surah Al-Haji, ayat 37 menyatakan bahawa daging-daging korban itu tidak pun mendapat apa-apa keredaan dari Allah,” katanya lagi. 

Beliau kemudian memetik beberapa ayat yang didakwa terdapat di dalam al-Qur’an yang menurutnya membawa maksud bahawa al-Qur’an turut bersetuju dengan akidah Kristian — Nabi Isa menjadi korban agar dosa warisan dapat diampunkan.
 
“Bukan setakat ayat-ayat pada surah di atas yang merujuk kepada upacara korban tadi, tetapi juga pada Qur’an Surah Al-Maa’idah, ayat ke 32, juga menerangkan lebih terperinci akan pertalian korban yang dibuat oleh Nabi Ibrahim dan korban yang disempurnakan oleh Yesus,” tegas beliau.

Beliau juga menuduh Nabi Ismail tidak layak untuk dibinkan dengan Nabi Ibrahim kerana menurutnya, Nabi Ismail hanyalah merupakan anak luar nikah hasil perhubungan di antara Nabi Ibrahim dan hamba abdi isterinya. 

Beliau berkata, “Ibu Ismail adalah Hagar iaitu seorang wanita hamba abdi (budak) yang dimiliki oleh Sara yang merupakan isteri sah kepada Abraham. Abraham meniduri Hagar yang bukan isterinya yang sah, lalu Hagar melahirkan Ismail.”

“Di sini bermaksud Ismail itu anak luar nikah dan tidak layak di binkan dengan Abraham,” tegasnya lagi.

Tidak berapa lama dahulu, David Orok pernah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas dakwaan menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad di laman Facebooknya pada Julai 2014.

Comments