Home Tempatan Sisters In Islam Sokong Anak Luar Nikah Dibinkan Kepada Bapa

Sisters In Islam Sokong Anak Luar Nikah Dibinkan Kepada Bapa

SHARE

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Sisters In Islam (SIS) yang difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kelmarin mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membolehkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan dengan nama bapanya sebagai memenuhi Maqasid Syariah.

Penghakiman tersebut menjelaskan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara telah bertindak di luar bidang kuasa apabila meletakkan ‘Abdullah’ sebagai nama ayah kepada anak-anak tidak sah taraf.

Menurut berita yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, kumpulan sesat tersebut menyokong penuh penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan kerana kononnya ianya adalah selari dengan semangat al-Qur’an.

Menurut SIS lagi, tindakan mendaftarkan nama anak tidak sah taraf yang beragama Islam dengan “bin / binti Abdullah” boleh menyebabkan kesan yang serius dan tidak adil terhadap pendidikan dan kesejahteraan mereka secara keseluruhan.

“Ini termasuk hak mereka untuk menerima nafkah daripada ahli keluarga sebelah bapa, waris, dan trauma emosi yang dialami dalam menghadapi stigma sosial di peringkat awal usia mereka,” dakwa SIS dalam mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

SIS juga berpendapat apa yang terbaik untuk anak-anak itu mestilah menjadi keutamaan yang perlu diberi perhatian dalam semua pembentukan undang-undang, dasar dan keputusan yang memberi kesan kepada mereka dan mendakwa ini adalah seiring dengan ajaran Islam dan hak asasi manusia sejagat.

Comments