Home Tempatan Sisters In Islam (SIS) Sebaris Dengan Ulama-Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategik PAN

Sisters In Islam (SIS) Sebaris Dengan Ulama-Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategik PAN

SHARE

Kuala Lumpur: Sisters In Islam (SIS) yang difatwakan sesat di Selangor, boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ulama-ulama yang ada di Malaysia khasnya dalam isu yang berkaitan dengan proses perundangan Islam.

Hal ini ditegaskan oleh Pengarah Strategik Parti Amanah Negara, Dr. Dzulkefly Ahmad, apabila ditanya salah seorang peserta program sama ada beliau setuju dengan pandangan Prof. James Piscatori yang berpendapat bahawa SIS dan ulama harus diterima sebaris.

“SIS or IRF (Islamic Renaissance Front), whoever has arguments, they must present it”, katanya yang mengklasifikasikan kumpulan ngo tersebut sebagai ‘ahli zikr’, yang ada ketikanya pandangan mereka sebagai ‘pakar’ lebih layak daripada pandangan golongan ulama sendiri.

SIS atau ulama sama-sama mempunyai hak dan legitimasi dalam hal ehwal Islam khasnya dalam hal yang berkaitan dengan undang-undang, maka ianya adalah keputusan yang dibuat manusia dan maka ianya terbuka kepada interpretasi dan salah pandangan.

“Terbuka kepada semua, asalkan mereka benar-benar ada sesuatu untuk disuarakan” tegasnya lagi.

Comments