Home Tempatan Sistem Kuota Tidak Hina, Yang Hina Ialah Kamu Sendiri KJ – Aktivis...

Sistem Kuota Tidak Hina, Yang Hina Ialah Kamu Sendiri KJ – Aktivis Peguam

SHARE

Putrajaya: Khairy Jamaluddin atau KJ dilabelkan hina oleh seorang aktivis peguam, Buzze Azam, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita kerana bersikap apati terhadap hak istimewa Melayu seperti yang dilindungi oleh Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Aktivis peguam tersebut dipetik sebuah portal berita sebagai mengkritik Menteri Belia & Sukan tersebut kerana seolah-olah mempertikaikan keabsahan Perkara 153, dengan “KJ kata sistem kuota di bawah Perkara 153 adalah suatu penghinaan kepada orang Melayu”.

Beliau terus menegaskan bahawa Perkara 153 itu adalah sebagai balasan kepada hak kewarganegaraan bangsa pendatang. Dan “Jika balasan ini satu penghinaan, pastilah hina juga taraf warganegara yang pernah kita berikan kepada 1.7 juta orang pendatang asing tanpa izin di Malaya dulu.”

“Yang hina itu adalah kamu sendiri yang menjadi kerajaan”, merujuk kepada Ketua Pemuda UMNO itu.

“Undang-undang dah ada tapi kamu yang gagal kuasakan undang-undang itu atas dasar kompromi politik di depan kaum-kaum lain demi mengharapkan undi mereka untuk kamu terus berkuasa.”

Comments