Home Tempatan Sistem Insurans Pekerjaan hanya untuk yang diberhentikan kerja

Sistem Insurans Pekerjaan hanya untuk yang diberhentikan kerja

SHARE

KUALA LUMPUR, 26 Jamadil khir 1438H, Sabtu –Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) hanya diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan.

Bagaimanapun jelasnya, sistem itu tidak terpakai kepada mereka yang berhenti kerja secara sukarela.

“Banyak yang keliru dan mengatakan SIP akan bayar faedah pemberhentian kerja. Sebenarnya SIP tidak ada kaitan dengan faedah pemberhentian kerja.

“SIP hanya akan membayar bantuan kepada pekerja yang diberhentikan bukan secara sukarela untuk selama 6 bulan dengan bayaran purata setengah bulan gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berhubung persetujuan kerajaan melaksanakan SIP yang melibatkan kira-kira 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta.

Perdana Menteri dilapor berkata undang-undang mengenai SIP sedang digubal dan akan dibentangkan di Parlimen pada Jun ini manakala penguatkuasaannya dijangka pada 1 Jan tahun depan dengan bayaran faedah boleh dibuat bermula 1 Jan 2019.

Susulan itu, Shamsuddin berkata, MEF telah mencadangkan akaun ketiga diwujudkan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai satu skim simpanan untuk pekerja yang diberhentikan.

“Sebagai contoh, majikan dan pekerja masing-masing mencarum satu peratus daripada jumlah gaji setiap bulan selama lapan tahun yang mana jumlah akaun akan mencecah nilai sebulan gaji.

“Jika pekerja itu diberhentikan perkhidmatan secara bukan sukarela, mereka boleh mengeluarkan simpanan berkenaan. Jika tidak diberhentikan, maka ia boleh menjadi simpanan persaraan,” katanya.

Comments