Home Tempatan Sistem Aliran Mandarin: Kepelbagaian Adalah Kekuatan-PAGE

Sistem Aliran Mandarin: Kepelbagaian Adalah Kekuatan-PAGE

SHARE

Kuala Lumpur: UEC dan sistem aliran Mandarin merupakan satu kepelbagain yang harus diraikan sebagai satu kekuatan. Pandangan ini dilontarkan oleh seorang wakil PAGE, yang bercakap bagi pihak, pengerusi Datin Azimah Rahim.

“Seseorang itu harus menerima kepelbagaian dengan tangan terbuka dan menghayati prinsip-prinsip kenegaraan seperti menghayati Rukunegara.”

Komen itu dibuat merujuk kepada polemik UEC yang bermula apabila kerajaan dikatakan mahu mempertimbangkan untuk mengiktirafnya. Cadangan itu kemudiannya mendapat tentangan daripada beberapa pihak kerana melanggar nilai-nilai Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 152.

Perkasa juga telah menyatakan pendirian mereka supaya UEC yang berpandukan sukatan mata pelajaran negara Taiwan tidak mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia.

PAGE yang sebelum ini dilihat berpandangan mahu Bahasa Inggeris menjadi medium pembelajaran di sekolah-sekolah yang dikatakan sebagai bahasa teknologi.

“Asalkan seseorang itu tidak melanggar undang-undang atau melakukan keganasan atau terpengaruh dengan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan puak ektremis, maka seseorang itu bebas untuk melakukan kehendaknya sendiri.”

Comments