Home Tempatan Siri flotila terakhir sasar serah bantuan perubatan ke Gaza

Siri flotila terakhir sasar serah bantuan perubatan ke Gaza

SHARE
Mohd Afandi menyifatkan misi kali ini penting bagi membuka mata masyarakat antarabangsa tentang keadaan Gaza yangs angat kritikal. - Astro AWANI

SEPANG: Aktivis Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh semalam berlepas ke Palermo, Itali bagi menyertai misi solidariti flotila Right to a Just Future for Palestine anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza.

Misi itu bertujuan membawa kelengkapan dan bekalan ubat-ubatan bagi membantu penduduk Palestin.

Sejumlah 24 kotak bekalan peralatan dan ubat-ubatan disumbangkan pelbagai pihak, antaranya daripada Hospital KPJ Ampang Puteri dan Hospital Pakar An-Nur.

“Kita telah dimaklumkan tentang halangan yang mungkin dihadapi, antaranya kemungkinan ditahan oleh Israel. Tetapi saya mengharapkan dengan tekanan antarabangsa ke atas Israel, kita akan dapat sampai ke bumi Gaza tanpa masalah. Ini misi keamanan, tidak melibatkan keganasan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments