Home Antarabangsa Sindiket guna ‘al-Quran’ seludup dadah, ubat kawalan

Sindiket guna ‘al-Quran’ seludup dadah, ubat kawalan

SHARE

JEDDAH, 26 Jamadilawal 1438H, Khamis – Sindiket pengedaran dadah, dalam keadaan terdesak, menggunakan pelbagai cara untuk menyeludup dadah dan ubat terlarang memasuki Arab Saudi.

Terbaharu, sindiket terbabit menggunakan buku yang mempunyai ruang khas untuk menyimpan dadah dan kulitnya ditulis ‘a-Quran’, bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa Arab Sausi baru-baru ini mendedahkan kaedah rumit yang digunakan penyeludup bagi membawa masuk bahan, dadah dan ubat-ubatan yang diharamkan, termasuk arak.

Bahan paling banyak dikesan dibawa masuk ialah tablet Captagon yang bertindak sebagai perangsang mental dan fizikal.

Militan IS dilaporkan banyak menggunakan tablet ini untuk membantu mereka berjaga ketika dalam pertempuran.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, dadah itu juga diseludup masuk menggunakan usus biri-biri, tomato, bahagian automotif, silinder gas, lampu dan buku. – Agensi

Comments