Home Tempatan Sikap ‘ego patriotisme’ perlu ada dalam diri rakyat

Sikap ‘ego patriotisme’ perlu ada dalam diri rakyat

SHARE

JOHOR BAHRU: Sikap ego dalam mempertahankan nama baik negara adalah penting dan perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia dalam usaha menjaga kelangsungan dan keluhuran sebuah negara berperlembagaan.

Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz, berkata setiap rakyat negara ini yang berpegang pada perlembagaan tidak akan memburukkan nama Malaysia pada pihak luar.

Katanya, kecintaan pada negara ini penting dan ia adalah satu perkara yang harus ditanam dalam diri setiap individu dalam rakyat bagi mengelak pihak luar mengambil kesempatan campur tangan dalam pentadbiran negara.

“Egoistik patriotisme perlu ada dan salah macam mana negara kita, selesai secara dalaman.

Tidak perlu kita cerita hal atau masalah dalam ‘rumah tangga’ kepada pihak luar.

“Janganlah mengadu, sikit-sikit bawa ke United Nations (UN), lapor pada negara lain. Kalau kita tak jaga nama baik negara, tiada orang lain akan jaganya untuk kita, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada sesi Dialog Negara dan Kenegaraan: ‘Kenal dan fahami perlembagaan anda’ di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Hamid Jumat.

Majlis dialog yang julung kali diadakan itu adalah anjuran bersama The Patriot Foundation, Pejabat ADUN Kempas dan Sukarelawan Muda Barisan Nasional (BNYV).

Berita Harian

Comments