Home Antarabangsa Sidang Kemuncak Asean akan bincang krisis pelarian Rohingya

Sidang Kemuncak Asean akan bincang krisis pelarian Rohingya

SHARE

GLOBAL | Krisis pelarian Rohingya di Myanmar dijangka dibangkitkan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, yang bermula di Manila Ahad ini, dengan kemungkinan ia dibincangkan secara tertutup.

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak tiga hari itu, juga amat bimbang dengan apa yang sedang berlaku di negeri Rakhine.

“… dan dalam semua kebarangkalian, ia akan menjadi satu daripada agenda tetapi ia juga bergantung kepada keadaan. Mungkin ada pertemuan secara tertutup, yang boleh menjadi lebih berkesan,” katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan sidang-sidang kemuncak berkenaan di sini.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

 

Comments