Home Tempatan Sidang JKMMS sentuh kluster cadangan pindaan Akta 355

Sidang JKMMS sentuh kluster cadangan pindaan Akta 355

SHARE

KUALA LUMPUR – Kluster Cadangan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan menjadi kluster pertama di dalam persidangan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS), 19 Oktober ini.

Pengerusi JKMMS Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata jemputan telah dikeluarkan kepada semua ahli kluster termasuk wakil bagi setiap parti politik untuk turut sama memberi input dan pandangan masing-masing.

“Semoga semua pihak yang dijemput dapat hadir dan menjadikan kluster ini sebagai medan yang berkesan untuk menyelesaikan sebarang konflik yang timbul,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kluster Cadangan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan salah satu daripada tujuh kluster di dalam JKMMS, yang ditubuhkan pada 4 Ogos lalu selepas dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Sinar Online

Comments