Home Tempatan Siasatan Valet Doa siap, mungkin didakwa sebar doktrin palsu

Siasatan Valet Doa siap, mungkin didakwa sebar doktrin palsu

SHARE

SHAH ALAM, 31 Mac ― Kertas siasatan berhubung kes khidmat Valet Doa untuk dibacakan di Mekah sudah siap dan diserahkan pihak pendakwa, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Namun, Datuk Haris Kasim enggan mengulas lanjut mengenainya sehingga pendakwaan dibuat.

“Kertas siasatan siap dan telah diserahkan kepada ketua pendakwaan syarie,” kata Pengarah Jais seperti dilapor Kosmo!.

Difahamkan pengendali doa itu boleh didakwa mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berkaitan menyebarkan doktrin palsu.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000, penjara tiga tahun, sebat tak lebih enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

Jais dan Jabatan Mufti Selangor mengarahkan Valet Doa menghenti operasi di Facebook, sementara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula memantau akaun media sosial pengasas doa itu.

The Malay Mail Online

Comments