Home Tempatan Siapa Menteri HARAPAN Gerakan Evangelis Di JPM?

Siapa Menteri HARAPAN Gerakan Evangelis Di JPM?

SHARE

Putrajaya – Sebuah blog, akarimomar.wordpress.com, mendedahkan penglibatan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan upacara sumpah menjadikan Kristian sebagai Agama Rasmi di Malaysia dan perancangan memastikan Perdana Menteri selepas ini merupakan Perdana Menteri beragama Kristian.

Upacara sumpah yang dikatakan dilangsungkan di Hotel Red Rock Hotel, Pulau Pinang pada 5 Mei 2011. Menteri ini, melalui sumber lain pula pernah dilihat bersama Dr Henry Pillai di dalam program yang mengangkat beliau sebagai Minister of Salt and Light yang merujuk kepada ayat di dalam Matthew fasal 5 ayat 13 hingga 16. Henry Pillai merupakan salah seorang daripada penceramah yang dijadualkan berkhutbah di dalam program Jerusalem’s Jubilee di Melaka yang dibatalkan baru-baru ini.

Menurut A. Karim Omar di dalam penulisannya, dengan keberadaannya dalam majlis angkat sumpah tersebut, ia bermakna menteri tersebut tahu dan maklum bahawa ada sumpah janji orang Kristian untuk menjadikan Malaysia Negara Kristian. Maka itu adalah suatu kesalahan yang menyanggahi “Sumpah Jawatan Yang Di Pertuan Agong” untuk memelihara Agama Islam setiap masa di mana Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan.

“Menteri itu tidak boleh menafikan dengan helah dia tidak tahu. Ini kerana menteri itu sendiri bersama berdiri mengangkat tangan bersumpah.

Kesalahan ini adalah jelas. Dan menjadi kesalahan yang besar dan nyata bahawa menteri tersebut menyembunyi maklumat tentang rancangan pemecatan atau perlucutan Yang di-Pertuan Agong daripada pertuanan Malaysia .”

Beliau merujuk kepada undang-undang di bawah Kanun Keseksaan bagi mana-mana kesalahan bersubahat atau menyembunyikan sebarang bentuk maklumat terhadap sebarang usaha rancangan pemecatan atau perlucutan Yang di-Pertuan Agong daripada pertuanan Malaysia.

Comments