Home Tempatan Siap siaga hadapi dakyah songsang

Siap siaga hadapi dakyah songsang

SHARE
WASPADA...Terdapat usaha kumpulan pendokong idea liberalisme dan pluralisme untuk menghapuskan taring institusi Islam kerana kononnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. GAMBAR HIASAN

MENDEPANI cabaran di Malaysia hari ini, pelbagai dugaan dilalui lebih-lebih lagi apabila Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bakal dilangsungkan 9 Mei ini. Gerakan Islam perlu meningkatkan usaha mempertahankan kuasa politik Islam daripada kumpulan anti-Islam dan oportunis politik yang begitu lantang bersuara akhir-akhir ini.

Meneliti manifesto PRU-14 gabungan pembangkang PKR baru-baru ini terutama berhubung dengan hal ehwal Islam. Penulis tidak berhasrat memperkatakannya dari segi ekonomi, percukaian dan lain-lain yang mungkin diperincikan oleh tokoh lain.

Sedikit kegusaran terdetik di hati dengan maklumat yang diperoleh di mana seorang tokoh mereka mengatakan kumpulan yang menggelarkan diri sebagai kumpulan G25 antara yang dirujuk dalam penyediaan manifesto itu.

Seperti yang dimaklumi, G25 adalah sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh bekas penjawat awam kerajaan yang diragui idea dan pemikiran. Mereka pernah mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Antara yang dicadangkan untuk dimansuhkan ialah hukuman perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang. Menurut mereka, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa pelaku dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments