Home Antarabangsa Showroom Kereta Wanita Sahaja Di Jeddah

Showroom Kereta Wanita Sahaja Di Jeddah

SHARE

Jeddah, Arab Saudi: Sebuah syarikat persendirian telah membuka ruang pameran kereta khusus untuk wanita, lima bulan sebelum keputusan membenarkan wanita Arab Saudi memandu berkuatkuasa, demikian laporan Mail Online.

Ruang pameran wanita yang pertama seumpamanya itu dibuka di pusat membeli belah di barat Laut Merah, Jeddah, untuk membolehkan kaum wanita di sana memilih kereta mereka sendiri dengan bebas dan selesa.

Bilik pameran ini menawarkan pelbagai pilihan kenderaan daripada pelbagai jenama dan dikendalikan oleh wanita sahaja.

Ia juga menyediakan kemudahan pembiayaan yang disediakan bank-bank dan syarikat kewangan terkemuka.

Pada 27 September 2017 yang lepas, Raja Arab Saudi, Raja Salman memutuskan supaya wanita dibenarkan untuk memandu, menamatkan tradisi konservatif yang dilihat oleh aktivis hak asasi sebagai lambang penindasan pentadbiran diraja ke atas wanita.

Beberapa negara seperti di Jepun dan Malaysia juga telah memperkenalkan koc wanita sahaja untuk mempertingkatkan keselamatan dan keselesaan terhadap kaum wanita yang berulang-alik menggunakan perkhidmatan mereka.

Comments