Home Tempatan Shamsiah Fakeh Hero Merdeka, UMNO Cuma Isi Tempat Kosong?

Shamsiah Fakeh Hero Merdeka, UMNO Cuma Isi Tempat Kosong?

SHARE

Felo Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Faizal Musa atau lebih dikenali dengan nama pena Faisal Tehrani memuji Shamsiah Fakeh yang merupakan salah seorang pengikut aktif Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai seorang tokoh kemerdekaan negara dan seorang feminis.

“Pengumuman Jamaliah Jamaludin, ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya sejak 2016, sebagai calon Pakatan Harapan bagi kerusi negeri Bandar Utama di Selangor sangat menarik. Bukan sahaja Jamaliah berumur 29 tahun, tetapi beliau juga adalah cucu kepada seorang tokoh kemerdekaan negara, arwah Shamsiah Fakeh.”

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Dakwanya lagi seperti dalam sebuah portal tempatan, dalam tahun 1940an, Shamsiah sudah berjiwa dan berfikiran merdeka untuk melawan penjajah.

“Dalam tahun 1940an, Shamsiah sudah berjiwa dan berfikiran merdeka melawan penjajah dan kuasa-kuasa lain yang mengekang wanita.”

Bukan itu sahaja, Faisal Tehrani juga memuji kehebatan Shamsiah Fakeh dalam memilih jalan yang sukar demi memperjuangkan kemerdekaan.

“Apabila Undang-Undang Darurat diisytiharkan pada 20 Jun 1948 di seluruh Malaya, ramai penggiat dari anggota parti haluan kiri ditangkap oleh pihak berkuasa penjajah British. Undang-undang tersebut telah menyebabkan parti dan pertubuhan yang tidak sebulu dengan British seperti PKM, PKMM, AWAS, PETA, Barisan Tani Malaya (BATAS), Hizbul Muslimin, Liga Pemuda Demokrasi (NDYL), Kesatuan Buruh dan lain-lain lagi diharamkan.”

“Ekoran dari itu juga, ramai pejuang kemerdekaan tidak kira lelaki dan wanita telah ditangkap, ditahan di seluruh Malaya, diseksa, dihukum gantung dan dibuang negeri.”

“Antara pejuang kemerdekaan yang terkenal yang ditahan adalah Ishak Muhammad (Pak Sako), dan Ahmad Boestamam. Ini termasuklah Abdullah C.D, Kamarulzaman Teh dan Rashid Mydin yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa penjajah British di Pahang.”

Tambahnya lagi, oleh kerana tidak bersetuju dengan cara parti UMNO, Shamsiah terpaksa berjuang demi kemerdekaan di dalam hutan.

“Setelah semua parti dan persatuan yang dianggap penentang British ini diharamkan, tinggallah Umno untuk ke hadapan mengambil ruang yang dikosongkan tersebut. Maka Umnolah yang tampil dengan slogan “Merdeka”.”

“Justeru tidaklah menghairankan nama Shamsiah terpinggir dari buku sejarah. Satu fakta yang dilupakan ialah Shamsiah terpaksa masuk dan berjuang di dalam hutan lantaran tiada pilihan lain lagi. Mereka tidak tega dan tergamak untuk melawan cara Umno.”

Comments