Home Tempatan Shabudin perjelas isu perogol kahwin mangsa

Shabudin perjelas isu perogol kahwin mangsa

SHARE
Datuk Shabudin Yahaya

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya perjelaskan isu perbahasan beliau semalam mengatakan perogol wajar kahwini mangsa.

Menurutnya, laporan media yang menunjukkan beliau menyokong perkahwinan perogol dan mangsa ini di ambil luar dari konteks asal.

“Penekanan saya sebenarnya berdasarkan realiti masyarakat di mana banyak kes rogol seperti ‘statutory rape’ (persetujuan bersama).

“Jadi untuk selesaikan masalah tersebut dan keluarga menutup malu serta tidak membuat laporan polis, adalah lebih baik mereka dikahwinkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, Shabudin yang juga bekas hakim Mahkamah Syariah semasa perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,dilaporkan memberitahu Dewan Rakyat tidak salah untuk gadis berkahwin dengan perogolnya dan mungkin lebih baik mangsa dikahwinkan supaya dia tidak melalui masa depan yang gelap.

Bagaimanapun, beliau mendakwa perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali tanpa mendapat kebenaran mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Katanya lagi, tiada peruntukan undang-undang atau hukum yang menghalang perogol mengahwini mangsa.

“Suka saya tegaskan bahawa tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang malah hukum syarak yang menhalang perkahwinan seperti ini terjadi.

“Di samping itu, perkahwinan ini juga bukanlah ‘jalan belakang’ untuk menghalalkan kesalahan rogol itu,” katanya lagi.

Sinar Online

Comments