Home Tempatan Setahun Kehilangan Pastor Koh, Evangelis Buat Video Kronologi

Setahun Kehilangan Pastor Koh, Evangelis Buat Video Kronologi

SHARE

Setelah setahun kehilangan Pastor Koh, kumpulan evangelis semalam mengadakan upacara memperingati beliau sambil menayangkan video penerangan yang antara lain menyatakan bahawa Susanna Liew isteri kepada Pastor Koh disiasat selama lima jam oleh pihak polis berhubung dengan kehilangan suaminya dan pihak polis pula sering bertanya tentang aktiviti Kristianisasi.

Seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight semalam, sejumlah 200 orang hadir di Gereja Evangelical Free di Petaling Jaya bagi mendoakan supaya pendengaran awam SUHAKAM yang ditangguh setelah seorang suspek ditangkap, diteruskan semula.

“Kami mahu siasatan SUHAKAM ada penutupnya. Dengan 12 hari yang dihabiskan dan sudah banyak yang dilakukan, penutupnya masih tergantung. Perlu ada penutup yang sewajarnya untuk perkara ini,” kata Pengerusi Pastor Gereja Evangelical Free, David Low.

Sebelum ini semasa pendengaran awam SUHAKAM, pegawai penyiasat berkongsi pengalaman beliau ditengking dan dijerit isteri Pastor Koh apabila bertanyakan perihal keterlibatan suaminya dalam aktiviti Kristianisasi.

Pihak polis juga cuba dibuli oleh sebuah badan Kristian antarabangsa, Christian Solidarity Worldwide yang mahu pihak berkuasa tersebut menghentikan sebarang siasatan terhadap Pastor Koh daripada Damansara Utama Methodist Church (DUMC) yang pernah terlibat dengan isu permurtadan Muslim suatu ketika dulu.

Comments