Home Kolumnis Sesudah ‘Chinese Exclusion Act’, Kini ‘Muslim Travel Ban’ Di Amerika?

Sesudah ‘Chinese Exclusion Act’, Kini ‘Muslim Travel Ban’ Di Amerika?

SHARE

Mengangkat Amerika sebagai juara hak asasi manusia, mungkin kini boleh dikategorikan sebagai satu perbuatan ekstrim. Kenapa? Statistik penghapusan dan penindasan ke atas Orang Asal Amerika sudah cukup untuk menjawab persoalan ini.

Kemudian, pada suatu ketika, Kongres Amerika Syarikat mewartakan sebuah undang-undang yang dinamakan AKTA PENGECUALIAN CINA. Ia ditandatangani oleh Presiden Chester A. Arthur pada 6 Mei 1882. Akta ini diwartakan bagi tujuan untuk menyekat kemasukan pendatang etnik Cina ke Amerika Syarikat. Lambakan pendatang dari China pada ketika itu adalah disebabkan oleh fenomena California Gold Rush.

Mundar lajukan masa 135 tahun ke 2017. Amerika Syarikat masih tidak serik dengan polisi rasmi perkauman mereka. Jika benar apa yang diwar-warkan pentadbiran Donald Trump, Amerika Syarikat akan memperkenalkan satu lagi “Chinese Exclusion Act”. Cuma kali ini, yang menjadi sasarannya ialah umat Islam.

“Muslim Travel Ban” sudah menjadi sinonim kepada nama Donald Trump itu sendiri. Ketika Amerika Syarikat yang selama ini sibuk menjadi pengawas serta polis kepada Hak Asasi Manusia di seluruh dunia, mereka sendiri sehingga kini gagal menegakkan Hak Asasi Manusia di dalam negara sendiri.

Jadi masih relevankah kewujudan Portal, NGO, pertubuhan serta gerakan-gerakan yang dibiayai dana dari Amerika Syarikat untuk terus menjalankan operatif mereka di Malaysia dengan rekod Hak Asasi buruk Amerika Syarikat sehingga kini?

*Imran Haaz merupakan seorang pembaca menara.my

*Menara.my percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian Menara.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Comments