Home Tempatan Serik Dengan Herdikan Dan Buli RBA’s, Adun Penanti Mahu Bersara

Serik Dengan Herdikan Dan Buli RBA’s, Adun Penanti Mahu Bersara

SHARE

Pulau Pinang: Tidak tahan dengan cemuhan dan ugutan yang diterima beliau rentetan penangkapan exco DAP Phee Boon Poh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, Adun Penanti Dr Norlela Ariffin mungkin tidak akan mempertahankan kerusi yang disandangnya pada PRU14 kelak, lapor sebuah akhbar tempatan.

“Saya mungkin tidak akan mempertahankan kerusi Adun saya pada pilihan raya akan datang kerana sudah tidak selesa di sini (setelah mendedahkan kilang haram tersebut),” terang Dr Norlela Ariffin seperti yang dipetik akhbar tersebut.

“Mereka tidak faham yang saya hanya mahu kilang tersebut ikut peraturan sedia ada. Saya cuma mahu selesaikan masalah yang timbul.”

Adun Sg Puyu, Phee Boon Poh sedang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan jika didapati bersalah, exco DAP tersebut akan berdepan dengan penjara selama 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan ataupun RM10,000, yang mana nilainya lebih tinggi.

Antara komen facebook di laman muka buku Dr Norlela Ariffin ialah daripada ‘Meng Oo’ yang menulis “cilaka punya adun PKR, berani report MACC, nanti u akan tau…”

Comments